Saturday, July 4, 2009

Berita Kepada Rakan2...

Salam sejahtera semua...

Ingin saya kongsikan di sini bahawa urusniaga FOREX ini adalah sesuatu yang amat berisiko melainkan anda mempunyai disiplin dan pengurusan kewangan yang baik. Pada kebiasaannya, ramai orang menyatakan bahawa mereka mempunyai indikator2 yang baik untuk bertrading. Bagi la indikator ape pun dalam urusniaga ini, pasti anda menemui suatu keadaan di mana indikator anda mengeluarkan "false signal" iaitu di mana rezeki tidak menyebelahi anda. Pada ketika ini, pengurusan kewangan lah yang akan memainkan peranan sangat penting supaya anda tidak terus rugi.

Kebanyakan orang yang gagal dalam dalam berforex ini berpunca daripada sikap ingin selalu untung di dalam setiap post yang dibuat. Percayalah bahawa, tidak akan ada orang yang sentiasa untung dalam setiap urusniaga termasuklah saya. Jangan anda mudah percaya kpd orang yang menyatakan die tak pernah rugi dalam setiap post. Apa yang penting, di akhir pertempuran anda bersama market ini, anda menemui sesuatu keuntungan yang merupakan rezeki anda untuk tempoh masa tersebut.

Kepada rakan2 yang ingin mengetahui rahsia pengurusan kewangan saya, bagaimana saya menangani kerugian semasa bertrading, anda boleh la meninggalkan comment atau email anda di blog ini. InsyaAllah saya sedia membantu.. Dan kepada rakan2 yang baru ingin memulakan karier sebagai forex trader, saya nasihatkan anda supaya memahirkan diri anda dengan pengurusan kewangan dan disiplin diri kerana inilah sebenarnya indikator yang paling penting..

Sekian dahulu untuk masa ini..

7 comments:

  1. Salam..mcm best je topik bisnes ni.thanks bro..

    ReplyDelete
  2. salam bro lindanmelayu..
    haaa...kalu dpt profit lg best topiknye..tp kalu asyik loss je,sakit gak bro..
    bro berforex gak ke?kongsi2 la ngan rakan2 kt sini.bole kite mantapkan cara bertrading..

    ReplyDelete
  3. thx for invite bro..
    by the way,nak trade xde ilmu..
    kene ah blaja dgn ko...
    boleh sifu?

    ReplyDelete
  4. uihh!!jgn la pggil sifu..xde sape2 sifu kt sni bro..kite same2 blaja.tp aku akan lebih tekankan pengurusan kewangan dlm blog ni sbb bende tu la yg paling penting sbenarnye.ilmu dlm internet tu berlambak..tp kalu ko nk blaja ngan aku pn bole bro..snang2 nant kte jmpa arr..xde bayaran pn blaja ngan aku ni..janji ko bole buat profit je yg penting.

    ReplyDelete
  5. Bro SG, aku sebenarnya dh lame trade forex ni. nk kate slalu wthdrw xjugak laa..biasanya awal bulan dh popit,pastu last2 tggal sikit je popit nye..kalu bole, aku nk blaja ngan bro camne nk maintain kan profit aku stiap bulan? at least income dr forex ni aku bole jangkakan berapa utk setiap bln tu..harap dpt tunjuk ajar sifu..

    ReplyDelete
  6. salam bro LM..
    ok, sy nk tye bro,bape % margin yg bro gunakan n berapa pip target bro setiap hari?pernah x bro buat kira2,seandainya bro hanya menggunakan modal RM20,000 dan hanya menggunakan 2% margin serta 30 pip target sehari,bro akan bergelar jutawan dalam masa 3 tahun.pernah terfikir x?itu dh siap kire pendapatan sekitar RM2,000 setiap bulan.bermaksud di sini,pendapatan bro adalah 10% drpd modal n duit simpanan bro sekitar RM1j dlm mase 3 tahun.pengurusan kewangan mcm ni la yg slalu nye ramai org x fikirkan..kalu senang2,kite jumpa nant,sy akan tunjukkan kira2 nya n kite hanya perlu risikokan 2% margin je dr modal kite tu..baru la rendah risiko perniagaan kite..w/pn rendah risiko,pulangan nya lumayan..ape pendapat bro?

    ReplyDelete
  7. camne nk tau margin 2% ke atau 5% ke?
    biasa aku letak lot 0.2 ke..0.5 ke..20 pip aku tutup.pastu msk lg amik 20 pip lg..30 pip sehari tu mcm sikit sgt je bro?camne bole jd sejuta?

    ReplyDelete