Monday, August 17, 2009

5 Kesalahan Besar Yang Berulang Kali Dilakukan Oleh Trader FOREX

Salam semua..

Di sini akan saya paparkan antara 5 kesalahan besar yang sering dilakukan oleh trader yang akhirnya membawa kepada kegagalan berurusniaga. Antaranya ialah:

1) TRADE WITH EMOTIONS
Ramai trader menemui kegagalan bertrading apabila mereka gagal mengawal emosi. Keadaan ini berlaku apabila pergerakan market tidak seperti yang dijangkakan dan akhirnya emosi mengawal pemikiran anda. Perlu DIINGATKAN, pergerakan market tidak mengira keperluan kewangan anda samada utk membayar installment kereta atau duit sewa rumah. Ia akan bergerak mengikut ape yang sepatutnya (BLIND MARKET) dan anda tidak akan mampu menghentikannya. Sentiasa berfikiran positif; sekiranya mengalami kerugian, katakan "NEXT AND MOVE ON"..jangan hanya fokus kepada trade yang lepas..

2) TIDAK MEMPUNYAI DISIPLIN
Anda wajib mempunyai disiplin semasa bertrading dan sentiasa berpegang kepada disiplin serta perancangan trading anda. Jangan berganjak walau setapak pun!! Gunakan prinsip yang sama dalam setiap trade anda..

3) TIADA PERANCANGAN BERTRADING
"Trading Plan" dapat mengelakkan masalah kepada anda apabila emosi mula menguasai pemikiran anda semasa bertrading. Ikut sahaja perancangan anda walau apa pun terjadi kepada market. Perancanag anda perlulah konsisten tentang apa yang akan anda lakukan apabila anda BETUL atau SALAH semasa bertrading. Dalam erti kata lain, anda perlu tahu dimana perlu "Take profit" dan juga "Cut Loss". Rancang dahulu urusniaga anda sebelum memulakannya..

4) MENGUBAH PERANCANGAN TRADING SEMASA BERURUSNIAGA
Kebiasaannya, trader akan mengubah "Trading Plan" apabila faktor ketakutan muncul. INGAT!!Tidak semua post kite pasti menjadi. So, stick to your plan!! Sebagai contoh, apabila saya entry post,saya akan terus meletakkan TP dan SL dan saya akan meninggalkan laptop utk membiarkan market menjalankan kerjanya. Ini adalah salah satu langkah utk anda mengekalkan pelan perancangan perniagaan anda..Segala perubahan harus diteliti sebelum anda entry post, bukan setelah anda entry post tersebut..

5)TIADA SISTEM PENGURUSAN KEWANGAN
Ramai trader menyangka adalah baik menggunakan margin 20% berbanding 2% atau 5%. Sebenarnya, ini adalah kesalahan terbesar trader2 yang sering dilakukan. Seandainya difikirkan semula, anda hanya boleh melakukan 5 kali urusniaga sahaja dengan menggunakan 20% margin berbanding 20 kali urusniaga dengan menggunakan 5% margin seandainya kerugian melanda anda dalam setiap kali urusniaga.. jadi, fikir2kan lah..

Monday, July 6, 2009

FOREX adalah urusniaga sah

Salam semua..

Ramai yang bertanya kpd saya adakah urusniaga FOREX ini sah di sisi undang2? Di sini ada saya paparkan petikan dari laman web Suruhanjaya Sekurities bagi menjawab persoalan rakan2. Jawapan nya adalah sah. Dan ingin saya nyatakn di sini, urusniaga FOREX ini bukanlah suatu skim pelaburan yang pernah popular di negara kite suatu masa dahulu seperti Swisscash, EA Index dan sebagainya. Ia adalah urusniaga yang dijalankan oleh individu malah institusi2 kewangan di seluruh dunia. Transaksi urusniaga FOREX ini dinyatakan mencecah USD2.5 trillion sehari di seluruh dunia. Jadi, ia adalah suatu urusniaga yang besar dan insyaAllah ia mampu memberi manfaat kepada kita semua..

Anda juga boleh membaca topik2 perbincangan tentang FOREX ini di forum2 dan blog2 yang diterbitkan seperti di carigold.com, forexfactory.com dan sebagainya. Di situ juga anda boleh menimba ilmu tentang cara2 urusniaga FOREX ini dijalankan. Rasenya tiada kerugian bagi anda yang ingin mengetahui tentang selok-belok urusniaga ini. Yang penting, berhati-hati dgn pengurusan kewangan anda dan sekiranya anda ingin mempelajari sistem pengurusan kewangan yg saya mahirkan, boleh la tinggalkan comment di sini atau YM saya di saudagardollar@yahoo.com

Selamat maju jaya..

Saturday, July 4, 2009

Berita Kepada Rakan2...

Salam sejahtera semua...

Ingin saya kongsikan di sini bahawa urusniaga FOREX ini adalah sesuatu yang amat berisiko melainkan anda mempunyai disiplin dan pengurusan kewangan yang baik. Pada kebiasaannya, ramai orang menyatakan bahawa mereka mempunyai indikator2 yang baik untuk bertrading. Bagi la indikator ape pun dalam urusniaga ini, pasti anda menemui suatu keadaan di mana indikator anda mengeluarkan "false signal" iaitu di mana rezeki tidak menyebelahi anda. Pada ketika ini, pengurusan kewangan lah yang akan memainkan peranan sangat penting supaya anda tidak terus rugi.

Kebanyakan orang yang gagal dalam dalam berforex ini berpunca daripada sikap ingin selalu untung di dalam setiap post yang dibuat. Percayalah bahawa, tidak akan ada orang yang sentiasa untung dalam setiap urusniaga termasuklah saya. Jangan anda mudah percaya kpd orang yang menyatakan die tak pernah rugi dalam setiap post. Apa yang penting, di akhir pertempuran anda bersama market ini, anda menemui sesuatu keuntungan yang merupakan rezeki anda untuk tempoh masa tersebut.

Kepada rakan2 yang ingin mengetahui rahsia pengurusan kewangan saya, bagaimana saya menangani kerugian semasa bertrading, anda boleh la meninggalkan comment atau email anda di blog ini. InsyaAllah saya sedia membantu.. Dan kepada rakan2 yang baru ingin memulakan karier sebagai forex trader, saya nasihatkan anda supaya memahirkan diri anda dengan pengurusan kewangan dan disiplin diri kerana inilah sebenarnya indikator yang paling penting..

Sekian dahulu untuk masa ini..

Lagi Transaksi Terbaru..

Salam semua...

Di sini ade saya paparkan SS terbaru bagi transaksi yang saya jalankan pada 1 July '09 hingga 3 July '09. Jika anda lihat pada detail transaksi tersebuat, terdapat sedikit kerugian pada 2 July '09. Namun begitu, pada keseluruhan transaksi, saya masih berada dalam kelompok keuntungan. Persoalan nya, bagaimana mengatasi kerugian ini dan menukarkannya kembali kepada keuntungan? Di situlah rahsia pengurusan kewangan yang menjadi krateria penting semasa bertrading..

InsyaAllah akan saya kongsikan di masa2 akan datang...

Contoh Transaksi Urusniaga FOREX


Salam semua..

Di sini saya ada paparkan contoh transaksi (SS) FOREX yang telah saya jalankan sepanjang bulan April '09. Lihatlah bagaimana urusniaga forex ini boleh menjana pendapatan kepada saya.. Dan InsyaAllah akan saya paparkan SS terbaru setiap hari.. Semoga membuka peluang kepada anda rakan2 untuk memulakan langkah berforex..

Pada Screen Shot itu, anda bole lihat nilai Deposit iaitu modal asal saya dan lihat pula nilai Profit/Loss iaitu nilai keuntungan atau kerugian. Segala detail transaksi juga ada ditunjukkan di dalam SS tersebut. Modal asal saya adalah USD2,685 iaitu sekitar RM10,000 dan hasil keuntungan sepanjang bulan April adalah USD4,134.13 iaitu sekitar RM14,400. Inilah kelebihan urusniaga forex dengan pengurusan kewangan yang saya mahirkan..insyaAllah.. Semoga berjumpa di blog2 akan datang..

Thursday, July 2, 2009

Bagaimana Menjana Pendapatan dan Simpanan Melalui FOREX?

APE ITU FOREX?

FOREX adalah singkatan bagi FOREIGN EXCHANGE yang membawa erti lain Pertukaran Matawang Asing. Urusniaga ini boleh dijalankan secara online berterusan selama 24 jam dan 5 hari seminggu (Isnin hingga Jumaat). Pasaran harian Forex ni dibuka dengan pasaran New Zealand dan Australia (5am-2pm), diikuti dengan Asia iaitu Jepun, Singapura (7am-4pm), kemudian Eropah (1pm-10pm) dan US (8pm-4am). Ramai yang sudah berminat untuk BERFOREX termasuk pelajar-pelajar sekolah, universiti, surirumah dan juga pesara-pesara. Kalau pelajar sekolah dan pesarapun BERFOREX, bererti taklah susah sangat kot?

Pelajar universiti sekarang sudah pandai mencari duit walaupun masih lagi sibuk dengan tugasan dan peperiksaan, ada dikalangan mereka sudah bersedia untuk menjelaskan kesemua pinjaman pendidikan PTPTN mereka dan tidak lagi bergantung pada ibubapa, itu pada mereka yang PEKA, yang masih meminta-minta dengan keluargapun masih ramai. Apapun kita akan ajarkan pada mereka yang sudi sahaja.

FOREX ataupun Perdagangan Tukaran Matawang Asing telah menjadi satu transaksi matawang yang terbesar sehingga urusniaganya melibatkan 2.5 Trillion USD sehari di seluruh dunia. Ini mengambarkan perdagangan ini melebihi transaksi perniagaan lain termasuk komoditi dan sebagainya.Ok, sekarang mari kita fahami apa itu FOREX. Katakan anda berhajat untuk membeli-belah di Singapore, disana nanti sudah semestinya anda perlu gunakan matawang Singapore, oleh itu langkah pertama anda ialah pergi ke Money Changer untuk membuat urusan jual beli matawang tersebut. Sebenarnya pada masa tersebut anda telah melakukan urusan BERFOREX iaitu anda membeli (buy ) matawang Singapore dengan menjual (sell ) matawang Ringgit Malaysia. Setelah penat anda membeli-belah di Singapore, adalah sedikit baki dollar Singapore yang anda bawa balik ke Malaysia lalu anda sekali lagi pergi ke Money Changer untuk menukar dollar tersebut ke Ringgit Malaysia, urusan ini pula ialah anda menjual ( sell ) dollar Singapore dan membeli ( buy ) Ringgit Malaysia. Inilah bentuk perdagangan FOREX; tetapi dalam keadaan tradisional bukannya secara ONLINE sepertimana yg saya lakukan sekarang. Urusan Perdagangan Matawang Asing secara ONLINE ini telah dilaksanakan semenjak tahun 1995 lagi dimana pihak Kerajaan US membenarkan para trader kecil membuat urusniaga secara ONLINE tetapi bagi kita di Malaysia, baru beberapa tahun kebelakangan ini didedahkan dengan FOREX ONLINE, sebetulnya ia masih belum terlambat untuk kita mempelajarinya.Secara tradisional kita menggunakan Money Changer untuk urusan tukaran matawang asing TETAPI secara ONLINE kita akan gunakan platform sebagai medium urusniaga tersebut.

Urusniaga FOREX boleh anda lakukan di mana-mana sahaja asalkan mempunyai sambungan internet; baik di rumah, kedai kopi mahupun ketika anda berada di luar negara. Apa yang perlu anda titik beratkan hanyalah sistem pengurusan kewangan yang baik, mentor yang sedia membimbing dan mempunyai ilmu semasa bertrading. Tiga krateria ini sangat penting bagi memastikan anda mencapai target bagi urusniaga anda.

Suka saya nyatakan bahawa ramai trader2 di negara kita yang mampu menjana pendapatan hanya dengan berforex dan banyak seminar2 forex di buat oleh individu2 tertentu yang mengajar tentang selok-belok perniagaan ini. Namun, saya lebih menekankan kepada pengurusan kewangan semasa bertrading kerana ini adalah kunci utama kepada pencapaian target anda. Dengan sekali "klick" sahaja, anda mampu menjana pendapatan RM1,000 sehari. Namun, dengan ketiadaan sistem pengurusan kewangan yang mantap,anda pasti kecundang di tengah jalan..

Persoalannya, adakah anda mempunyai suatu sistem pengurusasn kewangan yang mantap semasa berforex? Berapakah persen margin yang perlu anda gunakan semasa bertrading? Bagaimana mengira persen margin? Mengapa sesuatu nilai persen itu dipilih untuk anda gunakan sebagai penentu kejayaan anda? Rahsianya telah saya temui melalui pengalaman saya bertrading... Kesemua soalan ini perlu anda dapatkan jawapannya sebelum anda memulakan urusniaga FOREX.

Saya yakin anda mampu menjana pendapatan melalui urusniaga FOREX ini dan akhirnya mempunyai simpanan yang berlipat kali ganda dengan sistem pengurusan kewangan yang boleh saya kongsikan kepada anda semua..

Wednesday, June 3, 2009

Penubuhan D'$audagar Group

Assalamualaikum & Salam Sejahtera..

Terlebih dahulu saya ingin mengucapkan jutaan terima kasih kepada rakan2 yang melayari blog ini. Secara tidak langsung anda telah meramaikan pengunjung dan mungkin anda terpanggil untuk menyertai group kami ini. Sememangnye group ini ditubuhkan untuk melahirkan bakal2 jutawan melalui perniagaan yang akan kami kongsikan kelak..insyaAllah..

$audagar Group ni ditubuhkan pada asalnya utk saya berkarya dan berkongsi pengalaman selama saya memulakan alam perniagaan. Selepas 5 taun saya bekerja, saya decide utk berhenti dr mkn gaji n mulakan berniagaan sendiri. Betol la kate org, rezeki berniaga ni lebih la sikit dr mkn gaji..tp x smua org berani tempuh alam perniagaan ni..sbb semestinya anda memerlukan keberanian dan ilmu berniaga..

Selain tu, D'$audagar Group ni ditubuhkan utk meramaikan kwn2 n kalu dpt, saya ingin kumpul smula kwn2 dr stat saya skolah rendah smpai la masuk U n sterusnye sampaila saya bekerja.. Pada kwn2 yg melayari blog ini, anda post la ape2 komen kt sni,pasti saya akan menghubungi anda.. Kite berkumpul kt sni, kite eratkan persahabatan yg mungkin dh lame kite lupakan atau kite lalaikan. saya merindui zaman2 saya dgn kwn2 dulu...

Di samping tu, saya akan cuba post kan blog2 kejayaan saya agar same2 dpt kite kongsikan. mane yg baik tu, anda jadikan la panduan. yg xbaik tu, anda jadikan la sempadan.. bkn tujuan saya utk menunjuk2, just utk berkongsi...mane la tau terbuka hati anda semua nk berniaga, kite bole same2 kongsi ilmu...

So, itu la tujuan asal penubuhan D'$audagar Group ni...kpd kwn2 lame mahupun kwn2 baru,sila kan bertandang... anda smua tetamu dlm rumah ni...jgn segan2...

Wassalam...