Thursday, July 2, 2009

Bagaimana Menjana Pendapatan dan Simpanan Melalui FOREX?

APE ITU FOREX?

FOREX adalah singkatan bagi FOREIGN EXCHANGE yang membawa erti lain Pertukaran Matawang Asing. Urusniaga ini boleh dijalankan secara online berterusan selama 24 jam dan 5 hari seminggu (Isnin hingga Jumaat). Pasaran harian Forex ni dibuka dengan pasaran New Zealand dan Australia (5am-2pm), diikuti dengan Asia iaitu Jepun, Singapura (7am-4pm), kemudian Eropah (1pm-10pm) dan US (8pm-4am). Ramai yang sudah berminat untuk BERFOREX termasuk pelajar-pelajar sekolah, universiti, surirumah dan juga pesara-pesara. Kalau pelajar sekolah dan pesarapun BERFOREX, bererti taklah susah sangat kot?

Pelajar universiti sekarang sudah pandai mencari duit walaupun masih lagi sibuk dengan tugasan dan peperiksaan, ada dikalangan mereka sudah bersedia untuk menjelaskan kesemua pinjaman pendidikan PTPTN mereka dan tidak lagi bergantung pada ibubapa, itu pada mereka yang PEKA, yang masih meminta-minta dengan keluargapun masih ramai. Apapun kita akan ajarkan pada mereka yang sudi sahaja.

FOREX ataupun Perdagangan Tukaran Matawang Asing telah menjadi satu transaksi matawang yang terbesar sehingga urusniaganya melibatkan 2.5 Trillion USD sehari di seluruh dunia. Ini mengambarkan perdagangan ini melebihi transaksi perniagaan lain termasuk komoditi dan sebagainya.Ok, sekarang mari kita fahami apa itu FOREX. Katakan anda berhajat untuk membeli-belah di Singapore, disana nanti sudah semestinya anda perlu gunakan matawang Singapore, oleh itu langkah pertama anda ialah pergi ke Money Changer untuk membuat urusan jual beli matawang tersebut. Sebenarnya pada masa tersebut anda telah melakukan urusan BERFOREX iaitu anda membeli (buy ) matawang Singapore dengan menjual (sell ) matawang Ringgit Malaysia. Setelah penat anda membeli-belah di Singapore, adalah sedikit baki dollar Singapore yang anda bawa balik ke Malaysia lalu anda sekali lagi pergi ke Money Changer untuk menukar dollar tersebut ke Ringgit Malaysia, urusan ini pula ialah anda menjual ( sell ) dollar Singapore dan membeli ( buy ) Ringgit Malaysia. Inilah bentuk perdagangan FOREX; tetapi dalam keadaan tradisional bukannya secara ONLINE sepertimana yg saya lakukan sekarang. Urusan Perdagangan Matawang Asing secara ONLINE ini telah dilaksanakan semenjak tahun 1995 lagi dimana pihak Kerajaan US membenarkan para trader kecil membuat urusniaga secara ONLINE tetapi bagi kita di Malaysia, baru beberapa tahun kebelakangan ini didedahkan dengan FOREX ONLINE, sebetulnya ia masih belum terlambat untuk kita mempelajarinya.Secara tradisional kita menggunakan Money Changer untuk urusan tukaran matawang asing TETAPI secara ONLINE kita akan gunakan platform sebagai medium urusniaga tersebut.

Urusniaga FOREX boleh anda lakukan di mana-mana sahaja asalkan mempunyai sambungan internet; baik di rumah, kedai kopi mahupun ketika anda berada di luar negara. Apa yang perlu anda titik beratkan hanyalah sistem pengurusan kewangan yang baik, mentor yang sedia membimbing dan mempunyai ilmu semasa bertrading. Tiga krateria ini sangat penting bagi memastikan anda mencapai target bagi urusniaga anda.

Suka saya nyatakan bahawa ramai trader2 di negara kita yang mampu menjana pendapatan hanya dengan berforex dan banyak seminar2 forex di buat oleh individu2 tertentu yang mengajar tentang selok-belok perniagaan ini. Namun, saya lebih menekankan kepada pengurusan kewangan semasa bertrading kerana ini adalah kunci utama kepada pencapaian target anda. Dengan sekali "klick" sahaja, anda mampu menjana pendapatan RM1,000 sehari. Namun, dengan ketiadaan sistem pengurusan kewangan yang mantap,anda pasti kecundang di tengah jalan..

Persoalannya, adakah anda mempunyai suatu sistem pengurusasn kewangan yang mantap semasa berforex? Berapakah persen margin yang perlu anda gunakan semasa bertrading? Bagaimana mengira persen margin? Mengapa sesuatu nilai persen itu dipilih untuk anda gunakan sebagai penentu kejayaan anda? Rahsianya telah saya temui melalui pengalaman saya bertrading... Kesemua soalan ini perlu anda dapatkan jawapannya sebelum anda memulakan urusniaga FOREX.

Saya yakin anda mampu menjana pendapatan melalui urusniaga FOREX ini dan akhirnya mempunyai simpanan yang berlipat kali ganda dengan sistem pengurusan kewangan yang boleh saya kongsikan kepada anda semua..

2 comments: